Friday, April 9, 2010

Program Skuad Sayang Wanita UMNO Bhg. Jerantut


Krew TV3 membuat liputan program Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Jerantut.


AJK Skuad Sayang sedang mengangkut barang-barang termasuk makanan
untuk disumbangkan kepada keluarga berkenaan


Menyampaikan sumbangan kepada keluarga orang asli berkenaan.


Bersama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut Pn. Siti Hajar




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


1. Pada 9hb lalu, Pergerakan Wanita UMNO dengan Skuad Penyayang telah melakukan kerja amal di sebuah perkampongan masyarakat orang asli suku kaum jakun di sekitar kawasan Felda Kota Gelanggi. Hampir kesemua AJK Wanita mentertai kecuali beberapa orang yang tidak dapat hadir (dengan maaf) atas alasan yang munasabah. Turut serta dalam program berkenaan adalah beberapa jabatan kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang ASLI, Jabatan Pendaftaran serta beberapa sukarelawan. Tidak ketinggalan krew TV3 yang membuat liputan.

2. Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut akan terus memberikan sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengira agama dan fahaman politik mereka kerana kami merasakan ini adalah tanggungjawab kami dalam membantu kerajaan membina masyarakat yang lebih bahagia dan harmoni.

3. Kami juga membentuk 'grup media' yang akan membantu membina saluran komunikasi antara Wanita dengan masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO Bahagian dalam Parlimen Jerantut. Justru, laporan serta gambar-gambar setiap program yang kami jalankan akan kami masukkan di laman 'Diari KW'. Adalah menjadi harapan agar laman blog ini akan mampu menjadi sebuah laman blog yang dapat memberikan maklumat mengenai UMNO khususnya Wanita UMNO Bahagian Jerantut. Kami juga selalu berharap agar ianya menjadi antara yang terbaik dan paling effisyen.


Terima kasih.




Wednesday, January 14, 2009

SALAM DARI PALOH, WAKAF MEMPELAM KUALA TERENGGANU


Salam kepada semua,

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut yang berkampong di Paloh dalam DUN Wakaf Mempelam sangat bersemangat dalam menjalankan tugas dan gerak-kerja. Semangat berpasukan yang ditujukkan sangat membanggakan. Saya sangat berpuashati dengan semua pihak yang telah memberikan kerjasama selama ini tanpa ada pertikaian dan tanpa mengira penat lelah.

Sungguhpun mungkin kita tidak mampu menandingi gerak-kerja yang dilakukan oleh bahagian Temerloh dan Maran yang kelihatan lebih cekap dan berpengalaman, namun bagi saya ianya cukup membanggakan. Kita telah melakukan apa yang termampu setakat ini dan kita berharap akan dapat memperbaikinya dalam masa beberapa hari lagi.

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang telah banyak membantu sejak awal lagi. Kami berusaha untuk tidak mengecewakan Perhubungan UMNO Negeri dengan memberikan komitmen yang sepenuhnya.

Saturday, December 20, 2008

Pandangan dan Pendapat

Saya mengucapakan terima kasih kepada semua yang melawati laman blog saya seterusnya memberikan pandangan. Bagaimanapun saya berharap supaya ianya dilakukan secara berhemah. Komen yang disiarkan adalah pandangan peribadi dan pihak kami akan memadamkan mana-mana yang difikirkan tidak layak disiarkan untuk tatapan umum. Sila layari juga pautan di Laporan Media dan Diari KW untuk mendapat lebih maklumat mengenai aktiviti yang jalankan.