Wednesday, May 5, 2010

Biarlah Wanita menguruskan Wanita sendiri


1. Saya merujuk kepada blog ‘Suara Prihatin UMNO Jerantut’ (SPU) yang masih lagi dengan isu menyekat saya berucap di majlis anjuran UMNO. Saya telah membuat penafiat dan memberikan jawapan dengan panjang lebar sebelum ini dan menganggap isu berkenaan telah selesai.



2. Saya juga ingin menegaskan bahawa didalam Wanita kami tidak ada sebarang pergeseran dan tidak timbul sebarang rasa curiga diantara kami terutama seperti yang dilaporkan diantara saya dengan Naib Ketua serta Ketua Penerangan.



3. Kami Wanita tidak akan melayan isu-isu seperti ini lagi dan ingin memaklumkan bahawa kami mempunyai agenda sendiri iaitu untuk terus fokus kepada aktiviti-aktiviti yang telah kami rancangakan bersama-sama sebelum ini.



4. Saya harap tidak ada lagi mana-mana pihak cuba campur tangan dalam Wanita dan mengadu-domba untuk tujuan memecah-belahkan kami. Biarlah Wanita menguruskan Wanita sendiri.

4 comments:

Anonymous said...

Yes, mcm ni yang kita hendak. pemimpin umno yg berkerja dan berkerja untuk rakyat. berikan contoh baik kepada rakuat bahawa UMNO masih ada pemimpin yg baik.

sri tribuana said...

bravo KW, anda advance kerana ada blog, lebih advance dari 'bakal' penentang anda.
P/S : Linkkanlah blog keh di sini.

Azizan Yaakob said...

SDR NORHELAN,
Saya tertarik dengan gaya saudari memimpin Wanita UMNO Bahagian.Wanita Jerantut hari kian mantap dibawah kepimpinan saudari. Usaha saudari mengukuhkan hubungan bukan sahaja dalam wanita malah menjadi ibu kepada induk perjuangan UMNO Jerantut khususnya adalah usaha yang murni.

2.Wanita terus menerus mengadakan aktiviti samada melibatkan ramai atau kecil membawa kesan yang mendalam kepada parti kita.Masyarakat sebagai hakim kepada apa yang saudari dan rakan2 saudari lakukan.

3. Bagaimanapun jika ada usaha untuk meracik wanita kepada bagian2 yang kecil lantas berpuak2 itu adalah perkara biasa. Dengan itu saya berharap keseluruh anggota wanita tidak terhalang oleh apa jua gerakan 'peracik' itu supaya wanita bersatu berjuang mengukuhkan UMNO.

4 sdr ketua dan naib ketua jalin ikatan terus mara kehadapan. TQ

cahaya senja said...

salam,
yang manis seperti diatas ini bukan tentu madu, mungkin juga racun berbisa. apa pun harus sentiasa berwaspada dan jaga percaya. gerakan menjatuhkan dengan meletakkan orang nombor dua masih berjaan dan dalangnya masih selalu mengintai peluang. ingatlah, pada awal pagi pandangah dimana martahari jatuh manakala pada waktu lihatlah dimana matahari akan terbit semula esok hari. tak tau bertanya pada saya, awasilah 5:30 dan 5:13