Wednesday, January 14, 2009

SALAM DARI PALOH, WAKAF MEMPELAM KUALA TERENGGANU


Salam kepada semua,

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut yang berkampong di Paloh dalam DUN Wakaf Mempelam sangat bersemangat dalam menjalankan tugas dan gerak-kerja. Semangat berpasukan yang ditujukkan sangat membanggakan. Saya sangat berpuashati dengan semua pihak yang telah memberikan kerjasama selama ini tanpa ada pertikaian dan tanpa mengira penat lelah.

Sungguhpun mungkin kita tidak mampu menandingi gerak-kerja yang dilakukan oleh bahagian Temerloh dan Maran yang kelihatan lebih cekap dan berpengalaman, namun bagi saya ianya cukup membanggakan. Kita telah melakukan apa yang termampu setakat ini dan kita berharap akan dapat memperbaikinya dalam masa beberapa hari lagi.

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang telah banyak membantu sejak awal lagi. Kami berusaha untuk tidak mengecewakan Perhubungan UMNO Negeri dengan memberikan komitmen yang sepenuhnya.