Wednesday, January 14, 2009

SALAM DARI PALOH, WAKAF MEMPELAM KUALA TERENGGANU


Salam kepada semua,

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut yang berkampong di Paloh dalam DUN Wakaf Mempelam sangat bersemangat dalam menjalankan tugas dan gerak-kerja. Semangat berpasukan yang ditujukkan sangat membanggakan. Saya sangat berpuashati dengan semua pihak yang telah memberikan kerjasama selama ini tanpa ada pertikaian dan tanpa mengira penat lelah.

Sungguhpun mungkin kita tidak mampu menandingi gerak-kerja yang dilakukan oleh bahagian Temerloh dan Maran yang kelihatan lebih cekap dan berpengalaman, namun bagi saya ianya cukup membanggakan. Kita telah melakukan apa yang termampu setakat ini dan kita berharap akan dapat memperbaikinya dalam masa beberapa hari lagi.

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang telah banyak membantu sejak awal lagi. Kami berusaha untuk tidak mengecewakan Perhubungan UMNO Negeri dengan memberikan komitmen yang sepenuhnya.

7 comments:

Anonymous said...

blog hang ni lembab betul. lama tak update. orang dah cerita isu lain. lambat sangat tu yang berkubur umno nih. hang tak peka. hang jangan duk main masak2 lagi kat kemas. tu zaman pidah azis. kalu hang ikhlas nak tolong melayu. jangan tolong sedara mara hang jerk. ingat sikit orang lain. tengok orang2 miskin khas nya yang menyokong pas. kalau hang ketua hang jangan diskriminasi pada fahaman politik yang berbeda. bantu semua tak kira apa. dan aku berharap akan berkubur umno jerantut kalau hang tak dengaq apa yang aku katakan.

tok pengulu kuala tembeling

Anonymous said...

golongan muda akan dipengaruhi dengan unsur2 meminta-minta dengan berlebih-lebihan. ini psywar yang akan digunakan pembangkang dalam bahagian jerantut. jadi aku sebagai pengundi dun tahan akan minta apa sahaja dan sewajib ditunaikan oleh kerajaan negeri pahang. aku akan mempengaruhi anak2 dun tahan yang di perantauan dengan psywar ini. kamu sebagai ketua wajib tunaikan apa yang kami minta atas kapasiti power voter pada tangan kami.

tok pengulu kuala tembeling

Anonymous said...

CIK NORLEHAN MAHAMUD

MINTA TURUN DAN BANTU GOLONGAN IBU2 TUNGGAL DAN ANAK2 YATIM DI KUALA TEMBELING. BUKAN BANTUAN DENGAN BAGI DUIT. TAPI BANTU MEREKA DENGAN MEMBERI PELUANG UNTUK MEREKA MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP. KALAU SETAKAT BAGI DUIT TAK PAYAH. BAGI HARI INI ESOK DAH HABIS. INI ARAHAN!!! SEBAB KAMU TELAH DILANTIK SEBAGAI KETUA. INGAT!!TAKDE PROGRAM MASAK2 LAGI


TOK PENGULU KUALA TEMBELING

Anonymous said...

Salam Tok Pengulu,
Terima kasih kepada Tok Pengulu yang sampai 3 kali memberian komen, saya percaya bahawa beliau sungguh prihatin terhadap blog ini bukan kerana beliau tiada kerja lain tetapi semata-mata kerana tanggungjawab kerana Allah taala. Sekali lagi terima kasih.

Bab memberikan bantuan, saya rasa saya dapat perjelaskan bahawa ketua wanita UMNO bukalah ADUN yang ada peruntukan untuk membantu rakyat. Kita harus faham tugas dan bidang kuasa berkenaan. Saya juga percaya bahawa kita semua mempunyai bertanggungjawab masing-masing, jadi jika semua tanggungjawab diserahkan kepada orang UMNO apakah tanggungjawab pemimpin PAS kepada ahli-ahlinya? Dan apa pula tanggungjawab Tok Pengulu sendiri? Saya percaya Tok Pengulu tidak akan melepaskan tanggungjawab Tok Pengulu kepada orang lain yang mana akan menjadikan Tok Pengulu seorang yang tidak bertanggungjawab pula. Jadi sendiri mau ingatlah.

Anonymous said...

Tok Pengulu,
Masalah dengan orang=porang PAS ni adalah mereka lebih ganas dan tamak dari orang UMNO. Apabila ada peruntukan dari kerajaan di kampong-kampong maka merekalah yang terlebih dahulu memohonnya, tetapi dalam masa yang sama merekalah yang menghina dan mengutuk kerajaan. Jenis apakah mereka ini? A???? tersepit yang mengigit tangan yang memberi? Insaflah! Apabila kita mati nanti, tidak ada bezanya antara mayat orang UMNO dan PAS.

NORHELAN BINTI MAHAMUD said...
This comment has been removed by the author.
PKMPL said...

puan ni ketua wanita jerantut...

tahniah ketua wanita yg pro aktif!