Sunday, April 18, 2010

MENDEKATI PEMUDA DAN MENDEKATI MASYARAKAT

Duduk dari kiri: Wan Rohani, KW dan Ahmad Shah Jamlus

KW bersama penyelaran program Pemuda

KW bersama seorang peserta Pemuda

KW bersama sebahagian peserta kursus

Di Majlis Perkahwinan di Kg Durian Hijau

Persembahan hiburan di Majlis Perkahwinan

Pada 17hb April 2010 lalu, saya mengikuti program 'Pemuda Penggerak Juara Rakyat' peringkat DUN Pulau Tawar yang diadakan di Dewan Anggerik, Tekam Plantation Resort, Jerantut.

Selepas itu saya juga berkesempatan ke majlis perkahwinan di Kg. Durian Hijau. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.

Saturday, April 17, 2010

MESRA BERSAMA RAKYAT




Pic. 1 - YBM Ahli Parlimen bersama Adun Damak
Pic.2 - Sebahagian daripada peserta yang hadir
Pic.3 - Bersama Ketua Wanita MCA dan MIC
Pic.4 - Bersama remaja kaum India tempatan


Semalam 16hb. April jam 4.00 petang, saya menyertai program Ahli Parlimen Jerantut YBM Dato' Tengku Azlan Sultan Abu Bakar bersama rakyat khususnya penduduk Kampong Muhibbah.

Turut hadir adalah Adun Damak YB Dato' Lau Lee serta pemimpin-pemimpin masyarakat dan pemimpim MCA dan MIC Kawasan Parlimen Jerantut.

Program berkenaan dihadiri oleh lebih dari 300 orang penduduk berserta para jemputan.

Monday, April 12, 2010

FOTO AKTIVITI SKUAD SAYANG WANITA UMNO JERANTUT



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


1. Grup Media yang terdiri dari beberapa orang telah berusaha memasukkan gambar-gambar dilaman blog Dairi KW sewaktu program Skuad Sayang beberapa hari lalu. Bukan senang tambahan mereka bukanlah biasa dengan menguruskan blog, namun usaha mereka harus diucap terima kasih.

2. Mudah-mudahan apabila grup media ini telah mahir, dapatlah mereka memasukkan gambar-gambar serta maklumat mengenai semua aktiviti yang Wanita lakukan selama ini. Kita harus sabar menanti.

3. Untuk melihat gambar-gambar program skuad sayang baru-bari ini sila ke laman Diari KW, atau Klik sini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam program berkenaan dan grup media atas usaha mereka ini.


Terima kasih.

Friday, April 9, 2010

Program Skuad Sayang Wanita UMNO Bhg. Jerantut


Krew TV3 membuat liputan program Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Jerantut.


AJK Skuad Sayang sedang mengangkut barang-barang termasuk makanan
untuk disumbangkan kepada keluarga berkenaan


Menyampaikan sumbangan kepada keluarga orang asli berkenaan.


Bersama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut Pn. Siti Hajar




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


1. Pada 9hb lalu, Pergerakan Wanita UMNO dengan Skuad Penyayang telah melakukan kerja amal di sebuah perkampongan masyarakat orang asli suku kaum jakun di sekitar kawasan Felda Kota Gelanggi. Hampir kesemua AJK Wanita mentertai kecuali beberapa orang yang tidak dapat hadir (dengan maaf) atas alasan yang munasabah. Turut serta dalam program berkenaan adalah beberapa jabatan kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang ASLI, Jabatan Pendaftaran serta beberapa sukarelawan. Tidak ketinggalan krew TV3 yang membuat liputan.

2. Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut akan terus memberikan sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengira agama dan fahaman politik mereka kerana kami merasakan ini adalah tanggungjawab kami dalam membantu kerajaan membina masyarakat yang lebih bahagia dan harmoni.

3. Kami juga membentuk 'grup media' yang akan membantu membina saluran komunikasi antara Wanita dengan masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO Bahagian dalam Parlimen Jerantut. Justru, laporan serta gambar-gambar setiap program yang kami jalankan akan kami masukkan di laman 'Diari KW'. Adalah menjadi harapan agar laman blog ini akan mampu menjadi sebuah laman blog yang dapat memberikan maklumat mengenai UMNO khususnya Wanita UMNO Bahagian Jerantut. Kami juga selalu berharap agar ianya menjadi antara yang terbaik dan paling effisyen.


Terima kasih.