Friday, May 28, 2010

KESEMPITAN WAKTU


Salam Semua,

1. Banyak pihak menegur kerana terlalu lama tidak update blog. Sebenarnya banyak perkara berlaku sepanjang tempoh itu dan banyak juga program-program anjuran Wanita yang dilaksanakan, namun kerana masalah kesihatan dan keluarga telah menyempitkan ruang waktu.

2. Terima kasih kepada sdr. semua yang memberikan komen di blog serta yang menulis surat panjang lebar di email. Semua pandangan dan cadangan itu akan saya pegang dan jadikan panduan. Terima kasih terutamanya kepada Dato' Azizan kerana sudi juga memberikan komen dan kunjungi blog ini. Apalah blog saya ini berbanding dengan blog Dato' Azizan, saya dalam waktu luang akan membaca tulisan diblog Dato' itu, banyak yang saya pelajari bagi menambah pengetahuan dan pengalaman.

3. Semalam, 27hb. Mei,2010 saya ke Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya bagi merasmikan Majis Penutupan Program Motivasi 'Menggapai Kejayaan' 2010 bagi murid-murid tahun 6. Sepatutnya satu laporan mengenai aktiviti berkenaan disediakan dan dilaporkan sebagai satu aktiviti wanita yang mana Wanita UMNO Bahagian terlibat dibawah Biro Pelajarannya. Namun itu tidak dapat dilakukan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan.

4. Saya hadir di majlis berkenaan bersama Pn. Setiausaha pada jam 12.40pm

5. Diharap pada masa akan datang saya akan dapat update kan blog ini dengan lebih baik lagi sebagaimana dahulu, yang lengkap dengan gambar-gambar program yang dijalankan.

Sekian, salam untuk semua dari saya mewakili Wanita UMNO Bahagian Jerantut.

2 comments:

Anonymous said...

sempit waktu tidak ape....faham sebob sbg KW tapi jangan sempit lain sudah.

||Aku Pemikir|| said...

Salam blogger,

Minta link dan men jadi followernya dan minta jika puan juga sama link kan dan menjadi follower blog saya. moga dapat bertukar pandangan dan idea.. :)

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/



khairul hafidz,
anak kelahiran Mentakab ,Pahang
UNPAD, Bandung